Mengikut negara Gabenor

Amerika Syarikat

Seorang gabenor adalah ketua eksekutif setiap negeri atau kawasan kepulauan masing-masing.

Indonesia

Gabenor adalah ketua provinsi. Pada dasarnya, gabenor memiliki tugas dan wewenang memimpin penyelenggaraan provinsi berdasarkan peraturan yang ditetapkan bersama Dewan Perwakilan Rakyat Daerah.

Gabenor dipilih dalam satu pasangan (Naib Gabenor) secara langsung oleh rakyat di Provinsi setempat sehingga dalam hal ini gabenor bertanggung jawab kepada rakyat.

Selain sebagai Ketua Kerajaan Negeri, gabenor juga berkedudukan sebagai wakil pemerintah pusat di wilayah provinsi yang berkenaan. Dalam hal ini gabenor bertanggung jawab kepada Presiden. Gabenor bukanlah atasan bupati atau walikota, namun hanya sebatas membina, mengawasi, dan mengkoordinasi penyelenggaraan pemerintahan daerah kabupaten/kota.

Gabenor bukan merupakan kepanjangan tangan dari Pemerintah Pusat, namun merupakan pemimpin bebas dari suatu provinsi yang dipilih langsung oleh rakyat provinsi melalui Pemilihan Umum Kepala Daerah atau Pilkada. Gabenor memiliki tanggungjawab langsung kepada Dewan Perwakilan Daerah Provinsi.

Malaysia

Gabenor merupakan sebutan tidak rasmi untuk Yang di-Pertua Negeri bagi 4 negeri yang tidak mempunyai sultan. Gabenor tidak terlibat dalam politik dan urusan pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya tugas ini disandang oleh Ketua Menteri.